Khidmat Malaysia Anjur Dapur Rakyat Ringankan Beban Mangsa Banjir
KEMAMAN, 9 Januari - Hampir 500 orang belia dan beliawanis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai diraikan dalam program "Youth Brilliant Community (YBC)", kelmarin.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata mereka yang berumur sekitar 18 hingga 25 tahun merupakan orang-orang yang sangat hebat dan merupakan golongan muda yang bakal menentukan hala tuju sesebuah negara.
Katanya, mereka juga adalah pelapis kepada pemimpin yang akan membawa kepada satu perubahan yang lebih baik dan berwawasan.
"Buat mereka yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), belajarlah dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Bawalah pulang kejayaan, kamu akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.
"Saya sangat mengharapkan kalian yang hadir pada malam ini akan menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat dengan mengikut teras Islam berpandukan Al-quran dan hadis," katanya ketika berucap dalam majlis itu yang berlangsung di Dewan Dato' Seri Amar Diraja.
Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri turut menasihatkan mereka agar tidak melupakan jasa-jasa ibu bapa apabila sudah mencapai kejayaan nanti.
"Jadikanlah ibu bapa dan keluarga sebagai sandaran dalam kehidupan kita," ujarnya.