• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

500 Pelajar PSMZA Sertai Festival Bulan Merdeka

DUNGUN, 30 Ogos - Seramai 500 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah menyertai Festival Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke- 65. 

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korperat PSMZA, festival anjuran Jabatan Sukan dan  Kebudayaan (JSKK) itu telah dirasmikan oleh Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail dan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk senamrobik. 

"Perasaan kasih dan sayang kepada tanah air mestilah sentiasa terus kekal  di dalam sanubari kita semua," katanya. 

Seementara itu, di perkarangan pintu masuk PSMZA dikibarkan jalur gemilang dan dilekatkan di kereta-kereta kakitangan bagi menyemarakkan sambutan kemerdekaan. 

"Edaran bendera ini adalah dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan kerjasama Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)  turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada ketua-ketua jabatan akademik dan sukan untuk dikibarkan di jabatan masing-masing, " ujar jurucakap tersebut. 


Tag: