• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

52 Rumah Di Bukit Besi Rosak Dipukul Ribut

DUNGUN, 17 Ogos- Kira-kira 52 buah rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi rosak akibat dipukul ribut yang melanda kawasan terbabit kelmarin. 

Antara rumah yang terlibat di Al Muktafi Billah Shah ialah Taman Mulia (6 buah), Taman Indah (13 buah), Taman Abadi (13 buah), Taman Setia (7 buah), Taman Madani (11 buah) dan di Kampung Besol, Bukit Besi (2 buah).

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kejadian yang berlaku dalam tempoh lebih kurang setengah jam itu mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk diterbangkan angin kuat. 

“Angin kencang yang disertai hujan lebat itu juga mengakibatkan banyak pokok tumbang, namun tiada rumah penduduk yang dihempap pokok," ujarnya selepas dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Ghazali berkata, beliau telah meminta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) masing-masing untuk menilai kerosakan rumah-rumah yang dilanda musibah itu.

"Kita juga telah menghulurkan bantuan atap kepada penduduk terlibat,”katanya. 


Tag: