• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

530 Keluarga Sekitar Paka Terima Bantuan Beras

DUNGUN, 8 Mei – Seramai 530 keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka menerima 10 kilogram beras sempena Program Sekampit Beras Satu keluarga.

Pengerusi Masjid Taman Hadhari Paka, Tengku Amran Tengku Awang berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

“Program ini kita buat untuk menyasarkan seramai 300 keluarga sahaja, tetapi sumbangan yang diterima melebihi daripada sasaran sehingga mencapai 530 keluarga.”

“Keluarga tersebut terdiri dikalangan fakir miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan Mualaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media usai program berkenaan.

Program anjuran Masjid Hadhari Paka itu diadakan saban tahun bagi membantu masyarakat di sekitar Paka ini.

Di samping itu kata Tengku Amran, pengagihan yang dibuat pada kali ini sedikit berbeza dari tahun sebelum – sebelum ini bagi mematuhi SOP COVID-19.

“Bagi melancarkan pengagihan, pihak masjid menyalurkan beras tersebut kepada 12 Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Paka untuk agihan iaitu lapan di Zon B dan 4 do Zon A,” jelasnya.

Menurutnya lagi, pengagihan sekampit beras tersebut akan mendarat di kawasan Felda pula selepas ini.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua masyarat yang membeli dan menyumbang beras kepada masjid.

“Harapan saya, dengan sumbangan ini dapat meringankan bagi golongan memerlukan bagi menyambut Hari Raya Aidilfiri,” ujarnya lagi.


Tag: