• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

54 Mangsa Berlindung di Lima PPS Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 24 Januari- Seramai 54 mangsa daripada 15 buah keluarga di dua daerah ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 10 pagi ini berikutan kediaman mereka dilanda banjir sejak semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, tiga PPS daerah Dungun ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Abang yang menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga.

“Manakala, Balairaya Sura Lapangan Terbang dan Balairaya Jalan Teratai masing-masing menempatkan lapan mangsa daripada dua keluarga.

“Di Marang pula, setakat ini dua PPS yang masih beroperasi iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai yang menempatkan seramai 13 mangsa daripada empat keluarga dan SK Padang Mengkuang (enam mangsa, dua keluarga),” ujarnya.

Katanya, keadaan cuaca ketika ini hujan di beberapa tempat.