• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

560 Fakir Miskin Dan Anak Yatim Ceria Terima Sumbangan

DUNGUN, 7 April- Seramai 560 keluarga fakir miskin dan 171 anak yatim diraikan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Peringkat Dun Rantau Abang di Dewan Darul Ansor, Alor Mak Bah semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli memaklumkan, agihan itu melibatkan 28 kampung dalam Dun Rantau Abang.

“Saya berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan keluarga fakir miskin dan anak yatim untuk menyambut lebaran yang bakal disambut tidak lama lagi,"  katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Fakir Miskin dan Anak Yatim Dun Rantau Abang di Dewan Darul Ansor, di sini.

Mengulas lanjut katanya, program berkenaan bukan program julung kali diadakan bahkan ia merupakan program tahunan yang diadakan setiap tahun bagi menyalurkan sumbangan kepada fakir miskin dan meraikan anak-anak yatim di dalam DUN Rantau Abang untuk mereka menyambut aidilfitri dengan penuh kecerian.

“Sumbangan yang diberikan ini mungkin tidak besar tetapi saya yakin ia cukup bermakna kepada mereka yang memerlukan. Ia sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban penerima untuk menyambut lebaran yang akan menjelang,” katanya.


Tag: