• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

600 Sertai Kemaman International Motorcross Challenge - Yahaya Ali

Peserta Kemaman International Motorcross Challenge memulakan saingan. Foto - Abdul Hafiz Ghazali
KEMAMAN, 20 Oktober - Seramai kira-kira 600 orang peserta dari seluruh negara dan 11 buah negara luar menyertai Kemaman International Motorcross Challenge di Monica Bay, Kemaman, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Haji Yahaya Ali berkata, sambutan yang diterima daripada orang ramai terutama dalam kalangan orang muda sangat memberangsangkan. 

"Kerajaan negeri sangat menggalakkan suasana ini, bahkan kepimpinan kerajaan yang ada turut memberi perhatian yang serius dalam bidang sukan seumpama ini.

"Sukan adalah sebahagian aktiviti yang perlu dititik beratkan dalam kehidupan.

"Namun, apa yang penting mereka mesti dibimbing dengan kegiatan sukan yang sihat dan selamat di samping tidak lalai menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT," ujarnya.

Foto - Abdul Hafiz Ghazali
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kemaman International Motorcross Challenge mewakili Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Monica Bay, Kemaman, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Haji Yahaya Ali turut berasa teruja menyaksikan kejohanan tersebut.

Foto - Syed Azizuddin
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman dan Presiden Kelab Motosikal Lasak Cukai (KMX).

Tag: