• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

6,000 'Walk For Peace' Di Terengganu

KUALA NERUS, 14 Januari - Lebih 6,000 peserta berhimpun di perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu di sini, sempena Hari Keamanan Bangsa-bangsa Bersatu 2023, hari ini.

Para peserta terdiri daripada pelajar lelaki, perempuan dan keluarga itu berjalan sejauh lima kilometer bagi menjayakan program 5km International Fun Walk For Peace yang turut berlangsung di lapan negeri di seluruh Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program anjuran Pengakap Kuala Terengganu dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Terengganu dan PPD Kuala Nerus itu amat baik dan harus disokong.

"Kita boleh lihat penyertaan begitu ramai terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan keluarga.

"Ini satu aktiviti bagus bagi keluarga, secara tidak langsung mengeratkan hubungan kekeluargaan dan dapat menjadikan aktiviti sihat ini untuk seisi keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan pelepasan peserta ditemani Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Mohd Izwandy Ismail.

 


Tag: