• 09 Mei 2024 | 1 Zulkaedah 1445

602 Penerima Baucer LMTS DUN Paka

Oleh : Amiirullah Mansor

DUNGUN, 15 Ogos - Seramai 602 orang penerima baucer Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) kali kedua bagi tahun 2020 di kawasan Paka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka,  Satiful Bahri Mamat berkata, peserta yang menerima baucer tersebut adalah seramai 2139 orang di seluruh daerah Dungun.

"Seramai 2139 orang di seluruh Dungun layak manakala di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka sahaja adalah seramai 602 orang. Tahniah diucapkan kepada yang terpilih," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyerahan Baucer LMTS 2020 DUN Paka di Dewan Sivik Paka. 

Katanya, zaman sekarang motosikal bukan lagi suatu kehendak atau untuk kemewahan diri, tetapi ia adalah suatu keperluan bagi memudahkan masyarakat untuk bergerak. 

"Seperti telefon juga. Dulu ia menjadi suatu alat untuk tujuan kemewahan dan hari ini ia menjadi alat komunikasi yang wajib ada," ujarnya. 

Satiful berkata,menjadi hasrat kerajaan negeri agar semua masyarakat memperolehi lesen memandu terutamanya golongan muda. 

"Kita mahu mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, kerana tidak belajar praktikal terlebih dahulu sebelum menggunakan motosikal," ujarnya. 


Tag: