• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

607 Terima Kad Sejahtera Di DUN Rantau Abang

DUNGUN 7 April - Seramai 607 orang penduduk dalam DUN Rantau Abang layak menerima Kad Sejahtera tahun ini yang telah masuk tahun keempat perlaksanaannya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata inilah usaha kerajaan yang tidak pernah putus untuk menjaga kebajikan rakyat supaya dapat hidup selesa. 

"Ada sahaja bantuan yang kerajaan salurkan untuk pelbagai golongan. 

"Dengan  dari seawal anak yang baharu lahir iaitu Permata Sejahtera, kemudian Bantuan Persekolahan, I-Belia, I-Siswa, I-Fitri, Pencen Rakyat, banyak  lagi, bukti kecaknaan kerajaan kepada rakyat," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Taklimat Kad Sejahtera Peringkat DUN Rantau Abang di Dewan Al Husna, Markas Tarbiah Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini baru-baru ini. 

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Komuniti dan Sosial, Terengganu Strategic and Integrity Institute(TSIS), Aminuddin Umat.

Menurut  Alias, untuk melayakkan mereka mendapat bantuan daripada kerajaan negeri mereka mesti terlebih dahulu mengisi borang Profil Rakyat Terengganu (PRT20). 

"Mula - mula  dulu, apabila kerajaan meminta rakyat mengisi  borang tersebut ramai yang tidak mempedulikan permintaan tersebut, 

"Tetapi kini, mereka mula sedar tetapi masih ada lagi yang enggan, sedangkan kerajaan menilai dari data maklumat dan PRT20" katanya. 


Tag: