• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

65 Rumah Berjaya Baik Pulih, Enam Bina Baru Di DUN Seberang Takir

KUALA NERUS, 14 Januari – Sebanyak 65 buah rumah berjaya dibaik pulih manakala 6 buah sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam masa terdekat di Dewan Undangan Negeri(DUN) Seberang Takir.

Pegawai Penyelaras DUN, Mohd Fadhil Wahab berkata ia dibawah skop Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) terbahagi kepada dua kategori iaitu Baik Pulih dan Bina Baharu.

Tambahnya, spesifikasi pembinaan baharu ialah rumah batu dan patuh syariah iaitu  bilik.

"Rumah batu bata berukuran 22x30 kaki iaitu 660 kaki persegi (201.1 meter persegi) manakala rumah panjang ialah 17.72x40 kaki iaitu 713 kaki persegi (217.3 meter persegi).

“Bantuan Bina Baharu kepada pemohon yang belum mempunyai rumah atau rumah terlalu uzur dan tidak selamat untuk diduduki manakala Baik Pulih Pula melibatkan 3 elemen iaitu Penyelenggaraan, Penambahbaikan dan Permintaan,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Menurut, Mohd Fadhil, objektif utama penyediaan  kediaman baharu adalah memberi  tempat tinggal yang selesa kepada asnaf fakir atau miskin sebagai salah satu penyelesaian masalah miskin tegar di Seberang Takir.

Sementara itu salah seorang penerima, Maizom Ambak, 53, berkata dia gembira dengan pemberian baik pulih ini memandangkan dirinya dan suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap tambahan keadaan pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara.

 

.