• 23 Apr 2024 | 14 Syawal 1445

71 Sekolah Dan Tadika DUN Rantau Abang Terima Kek

DUNGUN, 21 Mei-Sebanyak 71 buah sekolah, tadika, kelas jahitan dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) menerima kek sempena Hari Guru 2023. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan negara terhadap jasa dan bakti guru dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

"Kita berterima kasih kepada pengetua, guru besar dan guru-guru yang sudi menerima kehadiran kami, harapan kami guru-guru sentiasa bersemangat untuk mendidik dalam melahirkan modal insan negara," ujarnya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui seusai kunjungan tersebut yang dijayakan oleh kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung dan ahli jawatankuasa PAS Cawangan yang dibahagikan kepada 11 kumpulan 

"Jadi di pihak  pelajar  pula mestilah sentiasa berdisiplin, menghormati guru dan sentiasa berusaha untuk menjadi pelajar yang berguna kepada agama, bangsa dan negara," katanya. 


Tag: