• 05 Dis 2020 | 19 Rabiul Akhir 1442

8,000 Lauk Diagih Sempena Kasih Ramadan

SETIU, 4 Mei – Lebih 8,000 lauk berbuka puasa akan diagihkan kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit di sepanjang bulan Ramadan bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, inisiatif itu diambil kerana turut mengambil kira ketiadaan bazar Ramadan yang menyulitkan orang ramai untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.

“Melalui Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), kita telah mengubah corak pengagihan yang biasa kepada cara agihan berbentuk lauk atau bahan mentah.

“Pada hari keempat, enam dan sembilan Ramadan, kita telah agih kepada lebih 393 keluarga dari tiga kampung iaitu Kampung Darat Hulu, Bukit Agu dan Padang Kemunting,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah beliau, usaha tersebut akan digandakan pada hari-hari yang seterusnya dengan melibatkan tenaga kerja daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Sumbangan lauk tersebut akan dibuat melalui MPKK masing-masing mengikut kampung,kita akan pastikan semua yang layak dapat,” jelasnya.


Tag: