Jalur Gemilang
Berita :
Jerebu: Kuala Terengganu, Kemaman Catat IPU Tidak Sihat
Jerebu: Kuala Terengganu, Kemaman Catat IPU Tidak Sihat
Mastura Jamal Din
2 jam yang lepas
48

KUALA TERENGGANU, 29 September – Keadaan jerebu yang melanda negara semakin membimbangkan apabila dua kawasan di Terengganu iaitu Kuala Terengganu dan Kemaman turut merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat, petang ini.

Berdasarkan kemas kini portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kuala Terengganu merekodkan bacaan IPU 151 manakala Kemaman 152 setakat pukul 6 petang.

Bacaan berkenaan meletakkan kedua-dua kawasan terbabit dalam kategori tidak sihat, iaitu apabila IPU berada antara 101 hingga 200.

Situasi sama turut berlaku di beberapa kawasan lain di negara ini termasuk Pulau Pinang dan Kedah yang mencatatkan bacaan melebihi paras tidak sihat.

Secara keseluruhan, sebanyak 36 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU dalam kategori tidak sihat, dengan Johan Setia mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 177.

Antara kawasan lain yang merekodkan bacaan tinggi ialah Nilai (174), Shah Alam (173), IPD Serian (173), Pasir Gudang (172), Cheras (171), Bukit Rambai (171) dan Larkin (170).

Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Port Dickson (168), Batu Pahat (167), Putrajaya (166), Seremban (166), Klang (165), Tangkak (165), Banting (164), Kota Tinggi (164), Pengerang (163), Alor Gajah (162), Seri Manjung dan Petaling Jaya masing-masing 161.

Sementara itu, Kuala Selangor dan Segamat masing-masing merekodkan bacaan 159, diikuti Rompin (159), Balok Baru Kuantan (158), Indera Mahkota (158), Batu Muda (157), Samarahan (156), Kluang (155), Kuching (155) dan Jerantut (154).

Selain Kuala Terengganu dan Kemaman, kawasan lain yang mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Minden (151), manakala Balik Pulau merekodkan IPU 132 dan Sungai Petani (112).

Orang ramai khususnya golongan berisiko dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat di beberapa kawasan berkenaan.


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan