• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

90 Peluncur Udara Terbang Di Kota Putera, Besut


Seramai 90 peluncur udara termasuk kira-kira 60 peserta luar negara menyertai Kejohanan Luncur Udara Antarabangsa Terengganu (TIPCO) 2017 di Tapak Luncur Udara Kota Putera, Besut selama lima hari bermula Selasa ini (12 Mei).
Kejohanan julung kali diadakan di Terengganu sempena Visit Beautiful terengganu 2017  itu adalah satu usaha kerajaan negeri mempromosikan aktiviti luncur udara sebagai satu daya tarikan pelancongan atau yang berpotensi besar diketengahkan kerana keunikannya.
Pengurus Acara, Anuar Ngah berkata, seramai kira-kira 60 peluncur udara luar negara termasuk dari Thailand, Australia, Iran, Norway, Nepal, Jerman, Perancis, Singapura, Jepun dan Arab Saudi turut mencabar diri menyertai acara lasak itu.
"Sebanyak 24 buah negara menyertai kejohanan ini yang membabitkan seramai 90 peluncur termasuklah dari Malaysia, " katanya.

Kejohanan dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Pelancongan Negeri Terengganu, Kelab Paramotor Terengganu dan Biro Paragliding MSAF itu.
Katanya, antara yang menyertai kejohanan kali ini ialah pemenang anugerah National Geographic 2012, Sano Babu Sunuwar dari Nepal yang pernah meluncur tiga puncak dunia iaitu Gunung Everest, Kilomanjaro dan Elbrus.
"Selain itu, terdapat juga pertunjukan akrobatik luncur udara dari Sepanyol dan Denmark,"katanya.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijangka akan hadir pada majlis penyampaian hadiah pada 14 Mei ini.
Dalam pada itu, Anuar berharap orang ramai beramai-ramai hadirmenyaksikan kejohanan luncur udara antarabangsa terbesar di Malaysia yang pertama kali mengiktiraf Terengganu selaku tuan rumah itu.

Tag: