• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

94 Asnaf Terima Zakat BAKIP



Alias menyampaikan sumbangan zakat BAKIP kepada salah seorang penerima majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Seberang Pintasan  baru-baru ini.


Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 13 Januari - Seramai 94 orang asnaf yang terdiri daripada anak-anak yatim  telah terpilih untuk menerima zakat daripada Badan Kebajikan Islam Petronas(BAKIP).

Pegawai Agama Petronas Pantai Timur, Kerteh, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli berkata kali ini pihaknya telah memilih penerima dari Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang untuk agihan zakat daripada pihak mereka.

"Petang ini kita menyerahkan kepada 84 penerima di Majlis i-Asnaf manakala 10 orang lagi penerima adalah pelajar - pelajar Sekolah Rendah  Agama Bersepadu Zainal Abidin(SRABZA) di sekolah mereka pagi tadi," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Sivik Seberang Pintasan di sini baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh ADUN Rantau Abang, Alias Harun

Sementara itu, Alias mengambil kesempatan untuk mengingatkan jangan sesekali memberhentikan persekolahan anak-anak akibat kesempitan hidup.

"Rezeki itu bukan hanya duit, tetapi antaranya anak-anak yang diberikan pendidikan dan  bila dia berjaya dengan pegang jawatan tinggi, dia beramanah dengan kerja-kerjanya.

" Ini merupakan anugerah Allah yang paling berharga mungkin disebabkan oleh apa yang kita telah laksanakan dalam diri kita, jadi saya amat berharap jangan mudah - mudah berhentikan anak," tambahnya.


Tag: