• 10 Nov 2024 | 08 Jamadil Awal 1446

Abdul Hadi Selesai Divaksin Covid-19

KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang, 74, hari ini menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di sini.

Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah disuntik Ketua Jururawat, Raziah Hanim Mamat kira-kira pukul 10.15 pagi.

Beliau antara penerima vaksin Covid-19 terawal di kalangan pemimpin PAS di negeri Terengganu.

“Saya sudah biasa setiap dua minggu sekali ke hospital, jadi proses vaksinasi yang dilakukan tadi adalah seperti biasa.

“Mendapatkan suntikan Covid-19 adalah antara ikhtiar kita selain bertawakal kepada Allah dan usaha untuk mencegah sebelum sakit itu sangat penting.

"Prosedur vaksinasi Covid-19 yang dijalankan hari ini sama seperti rutinnya mendapatkan rawatan di hospital sebelum-sebelum ini," kata Abdul Hadi sebelum beredar meninggalkan klinik pada jam 10.40 pagi tadi.

 


Tag: