• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

ADUN Air Putih Santuni Mangsa Kebakaran

KEMAMAN, 31 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Mohd Hafiz Adam hari ini menyantuni mangsa kebakaran rumah, Nor Suriani Mohd Mustafa, 44, di sini hari ini.

Kebakaran yang berlaku sekitar pukul 5  petang semalam mengakibatkan sebahagian dapur namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

Mohd Hafiz turut menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur dan wang tunai untuk meringankan beban keluarga tersebut dan memberikan sedikit ketenangan di saat-saat sukar ini. 

"Kami juga akan berusaha untuk menyediakan bantuan keperluan lain yang diperlukan.

"Kejadian ini menjadi bukti keprihatinan wakil rakyat dan komuniti dalam membantu mangsa yang memerlukan," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Beliau turut diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Taman Perasing, Kamarol Razali serta beberapa ahli jawatankuasa.

Sementara itu, Nor Suriani mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan oleh wakil rakyat, pihak JPKK dan masyarakat setempat. 

"Saya amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan.

"Sumbangan ini amat bermakna bagi kami sekeluarga dalam menghadapi situasi ini," ujarnya.


Tag: