• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

ADUN Ajil Segerakan Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Ribut

Ghazali melihat keadaan rumah  Mohd Shafei(Berbaju Kuning)yang di landa ribut.Turut hadir Pegawai JKM Hulu Terengganu,Norazmy Adenan(Tengah)

Lebih 32 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu rosak akibat kejadian ribut petang semalam.

Seorang mangsa, Sarimah Hassan,39, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dia bersama lima orang anak berusia antara 19 dan tiga tahun berada di dalam rumah.

"Ketika ribut berlaku,saya berada di ruang tamu dan apabila tengok angin kuat serta dengar bunyi yang bising,saya terus ambil anak-anak untuk berlindung di satu sudut rumah.Saya cuba keluar dari rumah tapi merasa takut sebab petir sangat kuat.

"Saya hanya mampu melihat atap rumah tercabut dan rumah dibanjiri air selepas atap genting melayang akibat ribut,Masa kejadian tersebut suami saya Mohd Shafei Mohd Amin tiada di rumah"katanya.

Sarimah ditemui pemberita selepas lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Ghazali Taib ke rumah yang mengalami kerosakan akibat kejadian ribut di Perumahan Awam Kos Rendah Tok Randok, Ajil, hari ini.

Sarimah berkata, sebahagian dari bumbung di bahagian dapur dan ruang tamu rumahnya tercabut ketika kejadian.

Katanya lagi, ini merupakan kejadian pertama sejak 30 tahun lalu sepanjang beliau tinggal di kawasan perumahan tersebut.

Ghazali berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.

Jelasnya, ini melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membaik pulih keseluruhan rumah-rumah yang terlibat dalam bencana kali ini.

"Kita akan pastikan enam buah rumah yang rosak teruk akan dibaiki segera dengan peruntukan ADUN dan saya beri jaminan akan diselesaikan dalam masa terdekat kerana kita faham situasi sekarang apatah lagi Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi.

"Bagi rumah selebihnya,ini akan diambil inisiatif oleh Pejabat Parlimen, Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Pejabat Daerah melalui kolaborasi antara jabatan,"kata Ghazali.

Beliau berkata, kerjasama antara jabatan dan agensi ini adalah satu kaedah terbaik untuk selesaikan masalah rakyat secara menyeluruh demi menjamin keselesaan mereka.

Sementara itu,Pegawai Kebajikan Masyarakat,Norazmy Adenan berkata pihaknya telah meninjau kawasan yang terlibat selepas menerima panggilan pada jam 4.30 petang semalm.

"Hasil tinjauan pasukan unit krisis dan bencana kami,sebanyak 32 rumah terjejas akibat ribut dan jumlah mangsa yang terlibat masih dikenalpasti.

"Kita juga dah gerakkan pegawai psikologi untuk pastikan mana-mana mangsa yang terkesan dengan trauma agar sesi kaunseling dapat dijalankan untuk menghilangkan ketakutan akibat peristiwa tersebut,"katanya.

Menurut Norazmy lagi,gerakan bantuan pemulihan dalam bentuk pakaian dan makanan turut dilaksanakan kepada semua mangsa bagi meringankan beban mangsa.

Tag: