KPKKT Angkat Warisan Didik Masyarakat
Mohd Irsyadi Abu Bakar
20 jam yang lepas
25
DUNGUN, 4 Oktober - Agak pelik, tetapi pendekatan Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Terengganu Sdn Bhd (KPKKT) mengetengahkan warisan budaya dalam usaha mendidik masyarakat tentang integriti dan pencegahan rasuah, sebenarnya amat menarik.
Pemangku Pengurus Besar, Ahmad Bazli Razali berkata, program berkenaan dilaksanakan bagi memenuhi dua prinsip persijilan antarabangsa Forest Stewardship Council(FSC), dalam menyumbang semula kepada masyarakat.

"Pemilihan Kampung Seberang Pintasan dilihat sebagai lokasi strategik dengan padang luas, berhampiran pantai yang sesuai dengan permainan wau; antara warisan yang ingin diangkat," katanya.
Beliau memaklumkan, sentuhan warisan dan budaya sebagai elemen penyampaian maklumat kempen memberikan lebih ruang mesej sampai kepada umum.
"Masyarakat memikul tanggungjawab itu sendiri untuk menjaga tingkat integriti diantara mereka.
"Di pihak KPKKT sendiri, kita perlu menjaga hutan secara amanah yang mana ada banyak proses diperlukan sehingga kepada mendapat lesen untuk menebang balak.
"Apa yang yang hendak disampaikan adalah nilai amanah dalam pengurusan hutan ini di bawa oleh KPKKT kepada komuniti," tambahnya.

Selain itu, turut diadakan aktiviti canting batik, permainan Sepak Raga Intergriti, pameran kraftangan kayu dan kaligrafi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli menyempurnakan program berkenaan dan turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Golden Pharos, Mohd Roslan Mamat, Pengerusi Lembaga Pengarah Golden Pharos Berhad, Dato' Yahaya Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah KPKKT, Muhyiddin Abdul Rashid dan ahli lembaga pengarahnya, Mohd Harun Esa.