• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

ADUN Kota Putera Agih 10,000 Bekas Kuih Raya

Oleh: Mustaqim Afandi

BESUT, 21 Mei - Sebanyak 10,000 bekas kuih raya diagihkan kepada penduduk di sekitar DUN Kota Putera dan agensi kerajaan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pemberian itu adalah tanda ingatan hari raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

"Agihan akan dibuat oleh setiap Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kota Putera.

"Walaupun sumbangan tidak seberapa, sekurang-kurangnya semua dapat merasa," jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata demikian ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota Putera juga sedaya upaya menyantuni penduduk yang dilanda musibah seperti kematian, bencana alam dan sebagainya walaupun berdepan dengan sedikit keterbatasan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Nurkhuzaini menambah, bilangan agihan tersebut merangkumi  100 peratus jumlah ketua isi rumah (KIR) dalam DUN Kota Putera.

"Terima kasih diucapkan kepada  petugas DUN Kota Putera yang sangat komited dalam memberi sumbangan tenaga dan kerjasama sepanjang bulan Ramadan ini.

"Diharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang," tambah Nurkhuzaini.


Tag: