• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Agih Asam Gumpal Kepada Pengguna Jalan Raya



Oleh: Muhd Afiq Zohir

BESUT, 29 Mei- Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh mengagihkan kira-kira 100 bekas kuih asam gumpal kepada penguna jalan raya yang melalui hadapan pejabat berkenaan di Kampung Padang Luas, di sini, semalam.

Pegawai Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, Ustaz Wan Ahmad Sukri Wan Isa berkata, agihan juadah berbuka puasa itu sebagai pelengkap selera kepada orang ramai khususnya mereka yang tidak berkesempatan menyediakan kuih muih untuk berbuka puasa.

Katanya, penyediaan asam gumpal tersebut diadakan secara bergotong-royong yang melibatkan kakitangan Pejabat Penyelaras dengan kerjasama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Jerteh.


“Agihan dilakukan selepas solat Asar yang melibatkan hampir 100 bekas asam gumpal.

“Bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia. Oleh itu, marilah kita sama-sama berlumba bagi memberi faedah kepada orang lain,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman selepas menyempurnakan program berkenaan.

Wan Ahmad Sukri berkata, secara tidak langsung aktiviti berkenaan turut merapatkan silaturahim selain dapat memperkenalkan peranan pejabat penyelaras serta halatuju kerajaan negeri kepada orang awam,” ujarnya.

Tag: