lightning-solid
Berita :
Air Mata Aceh, Doa dan Solidariti Terengganu
Air Mata Aceh, Doa dan Solidariti Terengganu
Muhamad Fazlee Aziz
22 jam yang lepas
97

Oleh : NURUL NATASHA SURIN

KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Tragedi bencana yang melanda Aceh sehingga meragut ratusan nyawa dan memusnahkan banyak kediaman menyentuh hati rakyat Terengganu, sekali gus menggerakkan usaha solidariti melalui pelancaran Tabung Bencana Terengganu Air Mata Aceh.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kemajuan sesebuah negeri hanya membawa makna sekiranya diiringi dengan keberkatan, iman dan kepedulian sesama manusia.

ca8a9e80-47a4-4c27-aaac-14bcf3d9c57e.jpeg 406.36 KB
Menurut beliau, Rasulullah S.A.W mengumpamakan orang beriman sebagai satu jasad yang saling merasai kesakitan apabila salah satu anggotanya ditimpa ujian, justeru penderitaan yang dialami saudara seagama di Aceh turut dirasai bersama. “Inilah asas kasih sayang dan empati yang menjadi teras pentadbiran dan masyarakat di Terengganu.

“Keberkatan bukan sesuatu yang dapat dilihat secara fizikal, tetapi Allah S.W.T menjanjikannya kepada negeri dan masyarakat yang beriman serta bertakwa. 

“Kemajuan tanpa berkat tidak membawa ketenangan. Sebab itu pembangunan mesti diiringi nilai agama dan akhlak,” ujarnya.

aecb8411-540e-40a5-a0db-b4662c91a4e0.jpeg 462.52 KB
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tabung Bencana Terengganu Air Mata Aceh yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Mohd Azmi Mohamad Daham, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Sementara itu, Hishamuddin turut mengulas berkenaan slogan Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera iaitu pembangunan negeri perlu dilakukan secara realistik dan berlandaskan kekuatan sendiri.

“Fokus kami adalah membentuk masyarakat yang sabar, bersyukur dan saling membantu sebagai asas kemakmuran berpanjangan.

“Di Aceh, bukan sekadar membersihkan rumah, tetapi mengeluarkan tanah setinggi manusia dari dalam kediaman adalah kerja yang amat berat.

“Sumbangan melalui tabung ini bukan sekadar bantuan material, tetapi lambang solidariti umat Islam. 

“Walaupun tidak mampu membantu sepenuhnya, sekurang-kurangnya kita berkongsi beban dan memberikan semangat kepada mereka yang diuji,” jelas Hishamuddin.

Majlis pelancaran tersebut menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam usaha kebajikan dan kemanusiaan, serta menjadi contoh kepada semua rakyat Terengganu.


Tag :

Artikel Berkaitan