• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Amal Dungun Bantu Mangsa Banjir Di Kuantan

KUANTAN 24 Disember - Jabatan Amal Kawasan Dungun turun padang membantu mangsa banjir mangsa banjir di Kawasan Perumahan Taman Guru di sini.

Pasukan yang terdiri 10 ahli itu turut bersama -sama lapan ahli
Ameerah Dungun ditugaskan membersihkan setiap rumah yang terkesan banjir.

Ketua Misi Bantuan Banjir Kemanusian Ke Pahang, Al Affan Wan Manam,  berkata, keadaan rumah berlumpur menyebabkan kerja-kerja membersih mengambil masa yang  agak lama.

"Keadaan sama turut  dialami rumah tiga beranak, termasuk warga emas, yang Nik Esah Nik Mat yang menghidap kencing manis," katanya.

Nik Esah 66, berkata  air mula memasuki rumah miliknya kira-kira jam 12.30 tengah malam. Kami tiga beranak mula mengambil barang yang penting sahaja untuk dialihkan.

"Kejadian air meningkat mendadak yang berlaku pada malam isnin itu juga mengakibatkan beliau mengalami kerugian memcecah ribuan ringgit," katanya.

Dia yang mengusahakan sate ikan sejak 10 tahun lalu turut mengalami kerugian apabila mesin pembuat sate dan tiga peti sejuk beku rosak.

Turut hadir sama dalam aktiviti membersih rumah mangsa banjir ialah Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman dan ADUN Rantau Abang Cikgu Alias Harun.


Tag: