• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Anak Syurga Terima Penghawa Dingin

KEMAMAN, 19 Oktober - Anak-anak syurga di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Felda Seberang Tayor atau nama baharunya, Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Felda Seberang Tayor menerima sumbangan dua buah penghawa dingin daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih.

Pengerusinya, Safidal Shamsudin berkata, PPDK di sini mula beroperasi pada 2006 dan kini mempunyai 11 orang pelajar yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU).

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada ADUN Air Putih, Ab. Razak Ibrahim kerana menerima permohonan daripada kami untuk membeli dua buah penghawa dingin ini," katanya.

Sementara itu, menurut Penyelia PPDK Felda Seberang Tayor, Marinirma Malika, penghawa dingin itu akan digunakan dengan sebaiknya dengan sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada pelatih-pelatih PDK ini.

Ab. Razak Ibrahim juga berkata, pihaknya di DUN Air Putih akan terus membantu golongan OKU sedaya upaya. Beliau mengharapkan agar sumbangan itu dapat memberikan keselesaan kepada pelatih-pelatih PPDK.

Untuk rekod, PPDK adalah strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU.