• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

ARC Servis Percuma Motosikal Terjejas Banjir

DUNGUN, 1 Februari - Kelab permotoran Alternative Riding Club (ARC) bantu servis hampir 200 buah motosikal yang mengalami kerosakan akibat banjir di Hulu Dungun.

Operasi membantu mangsa banjir melalui perkhidmatan servis motosikal dilaksanakan semalam, dengan dua kumpulan petugas berkhidmat di kawasan berbeza, salah satunya yang dipimpin oleh Ketua ARC Terengganu, Ahmad Sahrizan Yahya di Kampung Pasir Raja dan yang kedua, dipimpin Ketua ARC Dungun, Muhammad Irham Che Ghani di Kampung Shukor.

Menurut Muhammad Irham, operasi yang dilakukan bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang itu melibatkan seramai 40 orang petugas bagi memastikan segalanya berjalan lancar.

"Antara yang kita buat ialah menghidupkan semula enjin motosikal, tukar minyak hitam dan tukar palam motosikal serta servis - servis yang lain.

"Insya-Allah, kami akan adakan lagi program servis 2.0 pada hari jumaat ini (2 Februari) dan kami berharap lebih ramai anak muda dapat turut terlibat dalam aktiviti ini atau misi-misi bantuan lain yang bermafaat kepada mangsa-mangsa banjir.

"Kami bersedia menerima lebih ramai anak muda untuk sertai dalam program seperti ini untuk memberi sumbangan tenaga kepada masyarakat setempat," katanya.


Tag: