• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

ARC Berkonvoi Bersama ADUN Dekati Penduduk


Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT 1 Januari – Kelab Motorsikal Alternaive Riding Club (ARC) Besut bersama Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Putera, Haji Nurkhuzaini Ab. Rahman mengadakan program ziarah secara konvoi ke kampung-kampung bagi mendekati penduduk.

Pengerusinya, Mohd Jali Sulong berkata konvoi bersama ADUN ini bertujuan untuk membantu serta menziarahi penduduk kampung terutama mereka yang mengalami sakit kronik.

“Program seperti ini amat sesuai bagi memastikan tiada rakyat yang terpinggir dari menerima bantuan kerajaan negeri.

"Usaha ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara rakyat dengan pimpinan supaya tiada jurang perbezaan sesama manusia," katanya kepada pemberita ketika mengadakan konvoi di Kampung Air Tawar, Jerteh.


Sebanyak 10 buah motorsikal yang mengambil bahagian kali ini yang terdiri dari berbagai jenis model dan ada juga peserta dari Kelantan.


Tambahnya, konvoi ini juga bertujuan untuk memenuhi hasrat ADUN untuk berjumpa dengan rakyat secara sederhana tanpa iringan pihak berkuasa.

Beliau berkata, aktiviti sebegini dapat menarik minat belia untuk sama-sama membantu serta mewujudkan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

Tag: