• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Autisme Bukan Penghalang Kejar Kejayaan

 

DUNGUN, 6 Ogos - Walaupun dilahirkan sebagai anak autisme, ianya tidak pernah menjadi penghalang kepada Ahnaf Azfar Zainuddin,18, untuk mengejar cita-cita dan berjaya dalam kehidupan.

Itulah azam dan tekad anak muda yang teruja dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang Diploma Teknologi Digital (Teknologi Maklumat)  di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA). 

“Saya tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan kepada saya dan akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya bergraduasi walaupun saya tahu kemampuan saya tidak seperti pelajar lain,” ujar Ahnaf yang berasal dari Selayang, Selangor.

Ahnaf ditemui pemberita selepas Pendaftaran Pelajar Baharu Kemasukan Sesi Jun 2020 yang diadakan di Dewan Dagang, PSMZA di sini.

Sementara itu, Pengarah poiteknik berkenaan, Mohd Fikri Ismail yang mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu berkata pihaknya  tidak menjadi masalah menerima pelajar autisme selagi  mereka layak dengan pencapaian akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

"Di PSMZA juga mempunyai kelengkapan dan kemudahan yang cukup untuk membantu pelajar OKU mencapai hasrat dan cita-cita," katanya. 


Tag: