• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Azizulhasni Kebanggaan Terengganu




Oleh : Wan Luqman Hakim

KUALA TERENGGANU, 18 Disember- Kejayaan Azizulhasni Awang yang meraih pingat perak dalam acara keirin pada siri Piala Dunia di London, kelmarin menjadi kebanggaan rakyat di seluruh Terengganu dan Malaysia, amnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
berkata, kejayaan yang direkodkan anak jati Terengganu itu suatu momen yang amat bersejarah serta memberi kegembiraan untuk semua terutama dirinya.

"Kejayaan ini sudah tentu mengembirakan saya, memandangkan beliau merupakan anak jati Negeri Terengganu," kata beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejayaan yang dihasilkan anak jati Dungundalam siri saingan Piala Dunia di London itu, menerusi laman sosial Facebook, pagi ini.

Menurut wan Sukairi lagi, kejayaan Azizulhasni itu memberi suntikan semangat dan menjadi platform untuk kerajaan negeri lebih memperkasakan sukan itu supaya  nama Terengganu dan Malaysia terus gah di persada dunia.

"InsyaAllah Kerajaan Negeri Terengganu akan terus komited untuk menjadikan sukan berbasikal sebagai sukan nombor satu di Terengganu.

"Semoga lebih ramai lagi juara baru yang akan lahir dari Terengganu," kata beliau lagi.

Pada saingan 16 Disember lalu itu, Azizulhasni yang digelar The Pocketrocketman menamatkan saingan pada kedudukan kedua di belakang pencabar dari Belanda, Matthijs Buchli, manakala Theo Bos dari BEAT Cycling Club (Belanda) di tempat ketiga pada perlumbaan di Velodrom Lee Valley VeloPark.

Tag: