• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Azli Dilantik Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Baharu

KUALA TERENGGANU, 31 Mac -  Asisten Komisioner Azli Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu  yang baharu berkuat kuasa hari ini menggantikan Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din yang bersara wajib, esok

Azli  sebelum ini adalah bekas Ketua Polis Daerah Lipis,, Pahang dan telah berkhidmat selama lebih kurang 36 tahun dalam pasukan Polis.

Majlis serah terima tugas berkenaan disaksikan Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan dan turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, di sini.

Terdahulu, Mazli dalam ucapannya menzahirkan terima kasih kepada Abdul Rahim atas sumbangannya kepada PDRM selama 40 tahun.

Dalam masa sama, beliau yakin akan keupayaan Azli untuk mengemudi Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dengan pengalamannya dalam pasukan dan pernah menjadi Ketua Polis Daerah di dua daerah di Pahang.

”Beliau akan dapat memacu dan membawa IPD Kuala Terengganu terus cemerlang bagi mencapai visi dan misi PDRM khususnya di Kontinjen Terengganu ini,”ujarnya.