• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Badan Korporat Diseru Giat Sumbang Face Mask, Sanitizer

KUALA TERENGGANU, 19 Oktober – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim merakamkan ucapan terima kasih atas usaha Paloh Resources Sdn Bhd menyumbang sebanyak 200 keping Face Mask dan 50 unit Hand Sanitizer kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari Al-Ikhlas di Durian Burung sebagai satu daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat berkenaan.

“Ini adalah satu sumbangan yang sangat besar maknanya. Khususnya, kepada PASTI-PASTI yang sangat memerlukannya. 

“Kita sentiasa mengharapkan anak-anak dalam keadaan yang terbaik, dan dengan adanya sumbangan seperti ini sangat membantu dalam aspek pematuhan SOP. Saya mengharapkan lebih ramai lagi warga korporat sama-sama menjayakan tanggungjawab sosial (CSR) seperti ini,” katanya.

Sementara itu, pengarah urusan Paloh Resource, Haji Mohd Shukri Ismail memaklumkan, sumbangan Face Mask dan Sanitizer itu sedikit sebanyak akan meringankan bebanan penjaga, ibu dan bapa pelajar. 

“Ini (sumbangan) supaya sama-sama kita dapat mematuhi SOP (Prosedur Operasi Standard) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa (kerajaan). 

“Sebelum ini, kita ada buat program CSR di Masjid Jeram Hilir dan ini program kedua CSR kami antara bulan September dan Oktober,” ujarnya.

 

 


Tag: