• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Badminton Tertutup Setiu Cungkil Bakat Anak Muda


Oleh: Ariss Alias

SETIU - Penganjuran Kejohanan Badminton beregu Lelaki Tertutup Setiu mampu mencungkil dan mengasah bakat orang  ramai terutama golongan belia.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap,  Azmi Maarof berkata kejohanan anjuran Kelab Badminton Chalok (KBC) itu merupakan langkah terbaik untuk  mencungkil bakat, mencari pelapis di kalangan anak- anak muda.

"Saya cukup komited untuk mengadakan pertandingan seumpama ini pada masa akan datang  supaya lebih ramai masyarakat setempat  bersama-sama menyertainya sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengamalkan gaya hidup sihat," ujarnya.



 Beliau berkata sedemikian ketika Majlis Penutup Kejohanan Beregu Lelaki Tertutup Setiu di Dewan Sivik Chalok, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)  Chalok Kedai, Rosli  Othman dan Ketua Pemuda Pas DUN Langkap yang juga Pembantu Penyelia Latihan i-Mits Suharmizi Hamzah.

Dalam kejohanan tersebut, pasangan Bustamin dan Wahab bangkit untuk menjuarai kategori B beregu lelaki setelah menewaskan gandingan Amirul dan Izat yang menunjukkan semangat juang yang tinggi. Bagi kategori C pula menjadi milik pasangan Khairul Azmi dan Abdullah setelah menewaskan pasangan Muqri dan Amirul Aizie.


Tag: