• 20 Mei 2024 | 12 Zulkaedah 1445

Bantu Untuk Hidup Lebih Baik


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 7 September - Golongan warga emas akan dibantu agar mereka boleh meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh turun padang menyampaikan sumbangan berupa makanan keperluan dan duit kepada mereka.

"Ziarah ini merupakan aktiviti wajib kerana warga emas perlu diberi perhatian akan kebajikan mereka.

"MPKK (juga) perlu memainkan peranan bagi memastikan nasib warga emas terus terbela," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program dekat sini, semalam.

Menurutnya, beliau bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Beris Pak Abu telah menziarahi empat orang warga emas di Kampung Beris Pak Abu dan Gong Lapang.

Turut sama dalam program tersebut ialah Pengerusi MPKK Kampung Beris Pak Abu, Tuan Kamarudin.

Tag: