• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Bekalan Air Bersih di Marang Terjamin

KUALA TERENGGANU, 24 April – Kerajaan Negeri komited dalam memastikan bekalan air bersih yang mencukupi bagi penduduk di Marang dan sekitarnya. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, dengan tegas menyatakan bahawa pembangunan bekalan air bersih yang telah siap sepenuhnya di kawasan tersebut adalah bukti jelas komitmen Kerajaan Terengganu dalam meningkatkan kualiti hidup rakyatnya.

“Setiap rakyat Terengganu hendaklah diberi peluang, dilayan dengan adil dan dihormati atas nilai-nilai dan kepercayaan mereka.

“Dengan adanya akses yang lebih baik air bersih, penduduk Marang dan sekitarnya dapat menikmati kehidupan yang lebih berkualiti serta meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keluarga,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Titah Ucapan Diraja Sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman semalam.

Tambah Sulaiman, kejayaan ini tidak tercapai tanpa kerjasama dan sokongan pelbagai pihak termasuk kakitangan kerajaan, agensi yang berkaitan dan masyarakat setempat.

“Semangat yang inginkan kejayaan dihayati oleh semua pihak adalah kunci kepada kejayaan pembangunan ini.

“Terima kasih kepada kerajaan Terengganu kerana telah memberi keutamaan kepada keperluan asas rakyat,” ujarnya.

Beliau berharap usaha ini dapat diteruskan bersama untuk kebaikan bersama sekali gus menjadi contoh teladan dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Tag: