• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Bekalan Air di Terengganu Cukup Hadapi Kemarau

KUALA TERENGGANU, 11 Mac - Kerajaan Terengganu memberi jaminan bekalan air di negeri ini mencukupi bagi menghadapi musim kemarau tahun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana paras air di empangan dan sungai ketika ini masih terkawal untuk kegunaan rakyat di negeri ini.

“Kita masih boleh uruskan masalah bekalan air, cuma jika berlaku kemarau berpanjangkan kita kena ada intervensi terutama apabila masuk bulan Ramadan dan nak masuk seminggu sebelum raya tentulah  penggunaan air akan bertambah.

“Jadi dalam keadaan kemarau dan penggunaaan air yang bertambah tentulah ianya akan menjejaskan tetapi sebagai Pengerusi Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), SATU sedang mengambil langkah-langkah bagaimana untuk melakukan intervensi temasuklah meminta supaya semua pihak berjimat dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan 30 Tahun Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), baru-baru ini.