• 30 Apr 2024 | 21 Syawal 1445

Bekas Pekerja i-MiTS Terima Pampasan RM44, 499

Kuala Terengganu, 8 April- Bekas Pekerja Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Samiah @ Azizah Awang, 59,telah menerima faedah hilang upaya kekal oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan pampasan diterima sebanyak RM44, 499.00 secara keseluruhan. 

Pengarah PERKESO, Che Farihah Husin berkata bekas kakitangan i-MiTS itu telah dicarumkan di bawah Akta 4 PERKESO oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Bahagian Pengurusan). 

*Pada 16 Mac 2020 Orang Berinsurans ( OB ) Samiah telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika perjalanan pulang ke pejabat dalam waktu rehat yang dibenarkan majikan.

"Akibat kemalangan tersebut OB telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan dan telah disahkan mengalami kecederaan pada di kepala dan luka di bahagian kiri badan.

"Pejabat ADUN Alur Limbat telah melaporkan kemalangan tersebut kepada PERKESO dan hasil daripada siasatan yang dijalankan ole Pegawai Faedah, kes disahkan sebagai Bencana Pekerjaan.

"OB telah mendapat Cuti Sakit selama 151 hari dan telah menerima bayaran pampasan Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) dengan keseluruhan berjumlah RM7046.00, " ujarnya. 

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Faedah Hilang Upaya Kekal tersebut bersama ADUN Alur Limbat kepada penerima terbabit, di sini, semalam. 

Mengulas lebih lanjut, Farihah berkata Samiah  telah menghantar permohonan Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) ke Pejabat PERKESO Negeri Terengganu pada 19 Jun tahun lalu dan telah dirujuk ke Sidang
Jemaah Doktor PERKESO pada 30 Mac 2023 dangan taksiran hilang upaya sebanyak 20%.

"Peratus keputusan tersebut telah melayakkan OB menerima pampasan bayaran Faedah HUK berjumlah RM44,499.00 yang telah dikreditkan ke akaun OB.

Dalam pada itu, Pengarah PEKESO Negeri Terengganu telah mengumumkan Pejabat ADUN Alur Limbat sebagai Rakan Skuad Prihatin PERKESO.

"Dengan pengikhtirafan ini, diharapkan pejabat DUN ini akan menjadi rujukan dan tempat untuk masyarakat setempat tuju bagi mendapatkan maklumat serta persoalan," katanya. 

Sementara itu Ariffin  berharap dengan hubungan baik yang terjalin itu akan membantu lebih ramai pencarum untuk menuntut faedah-faedah yang ditawarkan oleh PERKESO serta menjadi hub rujukan.