• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Belanja Secara Berhemah, Pasti Berkat

Alias Harun ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan.
Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN - Walaupun peruntukan kerajaan negeri adalah terhad, tetapi jika diuruskan dan disalurkan dengan berhemah ianya akan melimpahkan keberkatan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri, Alias Harun berkata, kesedaran tersebut penting sebagai hamba Allah yang mengharapkan keberkatan daripada rezeki yang dikurniakan Allah.


"Apabila ianya berkat, keberkatan ni tak semestinya banyak", ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Agensi-Agensi Kerajaan di Dewan Sivik Seberang Pintasan (3 Oktober).

Alias Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang berkata, MPKK yang dilantik perlu menyelesaikan permasalahan di komuntiti masing-masing dengan sebaik mungkin.

"Dengan meletakkan penanda aras yang telah diletakkan oleh kerajaan baru ini, kita menggerakkan semua dasar kerajaan.

"Sumber kita tidak boleh lari daripada Al-quran, Sunnah, Ijmak dan Qias", jelas beliau lagi.


Majlis anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang itu telah dihadiri oleh setiap MPKK dalam kawasan tersebut.

Tag: