• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Belanjawan 2021 : Pengecualian Bayaran Lesen Peniaga Kecil, Penjaja

KUALA TERENGGANU, 23 November – Bayaran lesen perniagaan untuk peniaga kecil dan penjaja di Terengganu tidak akan dikutip sepanjang tahun 2021.

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memahami tekanan yang dihadapi oleh golongan terbabit lebih-lebih dalam tempoh COVID-19.

"Dengan ini kerajaan negeri mengumumkan tiada kutipan lesen peniaga kecil dan penjaja bagi tahun 2021. Kita mengharapkan dengan inisiatif ini dapat merancakkan lagi ekonomi Negeri Terengganu dan membantu meringankan beban yang dihadapi oleh para peniaga dan penjaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 Terengganu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Terengganu Yang ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini.

Menurut beliau, golongan warga emas tidak akan dipinggirkan apabila program Pencen Rakyat diperkenalkan bermula tahun depan.

“Bayaran sebanyak RM600 setahun bakal memberi manfaat kepada golongan terbabit,” ujarnya. 

Sementara itu, Ahmad Samsuri turut memaklumkan, kerajaan negeri bersetuju memberikan bantuan Tunai Cakna Rakyat Terengganu bernilai RM200 kepada golongan B40.

“Bantuan ‘one-off’ itu akan memberi manfaat kepada 48,500 isi rumah dengan jumlah RM9.7 juta,” jelasnya yang memaklumkan ketiga-tiga bantuan tersebut adalah inisiatif khas COVID-19.


Tag: