• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Belia Benteng Pertahan Maruah Islam

DUNGUN, 1 September - Golongan belia merupakan benteng untuk mempertahankan maruah Islam yang cuba diganggu musuh Islam. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, musuh-musuh tersebut juga dengan sewenang-wenangnya mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi negara.

"Jadi kitalah yang akan menjadi barisan hadapan yang akan mempertahankan agama dengan jati diri Islam," ujarnya.

Alias berkata demikian ketika berucap di Program Santai Merdeka Belia Beliawanis Sejahtera DUN Rantau Abang di Tapak Pasar Malam Seberang Pintasan di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN itu telah diadakan di sebelah paginya  di Pasar Pagi Padang Pulut bertujuan untuk menyuntik semangat cintakan negara.

Sehubungan dengan itu, Alias berharap golongan belia sewajarnya menjaga dan menghayati kemerdekaan dengan mempertahankan kedaulatannya seperti yang dikecapi sekarang.

"Kepada belia dan beliawanis yang ada hari inilah harapan kita untuk mencorakkan masa depan negara dengan Islam, hanya Islam sahaja yang dapat menyelamatkan negara," jelasnya.


Tag: