• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Bentuk Peribadi Anak-anak Sejak Kecil


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 16 Disember - Peribadi anak-anak perlu dibentuk oleh ibu bapa sejak dari kecil lagi bagi mengelakkan anak-anak terjebak dengan perkara yang tidak bermoral.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam melahirkan insan yang bertakwa yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.


"Saya ingin menasihati para ibu bapa sekalian agar menitik beratkan ilmu agama dalam mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

"Perkara yang paling penting adalah ajarlah anak-anak kita untuk tidak tinggal solat fardu kerana ianya adalah tiang agama," ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Kem Jati diri Anak Soleh anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dengir di Dewan Serbaguna Kampung Dengir baru-baru ini (12 Disember).

Tag: