• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Berbuka Puasa Rumah Rakyat Jalin Kemesraan Undang Berkat Ramadan


SETIU,11 April –Melalui program 'Ramadan Kasih Sayang' Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail mengambil peluang bertandang ke rumah rakyat untuk bersama-sama berbuka puasa bagi mewujudkan mengeratkan hubungan kemesraan sekali gus mengundang keberkatan Ramadan.

Shafizi berkata, mana-mana rumah rakyat melalui program tersebut bertujuan bagi mengeratkan hubungan diantara pihaknya dengan penduduk Baru Rakit dimana akan bersama-sama dengan 'tuan rumah' menyediakan juadah, memasak hingga berbuka bersama.

“Kegiatan ini bertujuan untuk memupuk rasa persatuan, memberikan keceriaan dan kebahagiaan, serta sekaligus sebagai meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada ALLAH SWT. Semoga di bulan yang penuh berkah ini, kegiatan ini dapat menjadi amal ibadah bagi kita semua,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan Shafizi turut menyampaikan sumbangan kepada ahli keluarga Fatimah Jusoh,53 selain menunaikan solat Maghrib berjemaah di Surau berdekatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Lingai, Mohamad Chik, berkata kehadiran Pegawai Penyelaras ke kampung itu menyerlahkan kasih sayang selain menunjukkan sifat prihatin serta sentiasa memahami denyut nadi rakyat.

"Setiap kali tibanya Ramadan, Pegawai Penyelaras tidak pernah lupa, malah sentiasa meluangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama rakyat sambil menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan meskipun  sibuk mengalas tugasan sebagai Pegawai Penyelaras Dun Batu Rakit," katanya.

Dalam pada itu itu tuan rumah Fatimah Jusoh di atas tindakan yang dilaukan Shafizi kerana sudi singgah di terataknya dan dan bersama–sama berbuka puasa di rumahnya.

"Belum pernah lagi alami perkara ini sebelum ini, dan juga terima kasih di atas bantuan yang diberikan dapat mengurangkang sedikit bebanan yang kami sekeluarga hadapi.

"Semoga kegiatan ini dapat diteruskan sepanjang Ramadan yang masih berbaki ini,"katanya.


Tag: