• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Bersyukur Tinggal Di Rumah Sendiri

Oleh : Fatimah Din/ Foto: Fauzi Mat Adam

MARANG, 31 Mac- Sepasang suami isteri melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan. 

Haizatul Sakinah Aziz, 27, berkata, sebelum ini dia dan suaminya Abdul Wafiy Yusof@Jambul, 30, bersama anak menumpang di rumah abangnya. 

"Kami sudah memohon rumah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) ini sejak 2018 dan alhamdulillah akhirnya berjaya. 

"Terima kasih Kerajaan Negeri Terengganu, ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah, Pejabat Pusat Khidmat DUN Bukit Payong, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung(JPKK) Tanjung dan mereka yang membantu sehingga impian kami sekeluarga menjadi kenyataan," kata  Haizatul yang bekerja sebagai tukang jahit.

Dia ditemui wakil UPDI Marang di rumahnya di Kampung Tanjung, Kedai Buloh, Bukit Payong di sini baru - baru ini.

Manakala suaminya terharu diatas kecaknaan dan keprihatinan Kerajaan Terengganu kepada rakyat yang sangat memerlukan sepertinya. 

"Kalau ikut pendapatan saya memang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, jadi saya berharap kerajaan sekarang ini, patut dikekalkan untuk masa akan datang supaya orang-orang susah macam saya terus dibela," katanya yang bekerja sebagai buruh untuk menyara keluarga. 


Tag: