• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Bina Islam Dalam Keluarga

KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Para Ibu bapa diajak untuk membina Islam di dalam keluarga masing-masing supaya setiap anggota dapat mengenali lebih dekat kehebatan ajaran agama samawi itu. 

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar menjelaskan ini memandangkan untuk membina sebuah negara Islam adalah sukar. 

"Jadi kita cuba dalam lingkungan keluarga kita dulu, suami, isteri dan anak-anak," katanya lagi. 

Dato Tengku Hassan berkata demikian ketika berucap di Program Jemputan Hi-Tea  Asatizah DUN Ladang yang dianjurkan di sebuah restoran di sini semalam.

Menurutnya, Islam mengajar kita bertimbang rasa dan menghormati setiap anggota keluarga dan masyarakat sekeliling.

"Kalau ikutnya kita hendak parkir kereta pun, kena fikir orang lain, jangan parkir lintang pukang," katanya lagi di program anjuran Urusan Ulama DUN Ladang dengan kerjasama DUAT DUN tersebut.


Tag: