• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Bina Saliran Ikut Spesifikasi Elak Risiko Banjir

Cikgu Alias(kanan) meninjau kawasan yang sering dilanda banjir akibat sistem saliran
Oleh : Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 16 Disember - Masalah saliran menjadi salah satu punca masalah banjir yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Dungun setiap kali tiba musim tengkujuh.

ADUN Rantau Abang, Cikgu Alias Harun berkata, masalah banjir yang menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir keluar adalah disebabkan saliran dibina tidak mengikut spesikasi.

”Ini dapat dilihat apabila perumahan-perumahan yang baharu dibina, longkang hanya sekitar itu sahaja.

Macam perumahan di Batu Tiong, kebanyakan perumahan ada longkang tetapi dia tidak dapat sampai kepada longkang besar, longkang dikeliling rumah sahaja," jelas beliau.

Cikgu Alias berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI)berikutan kebiasaan banjir yang berlaku di DUN Rantau Abang, baru-baru ini.

 Justeru itu, beliau berharap perkara ini diambil berat oleh pihak perancang bandar ketika memberi kelulusan perumahan baharu.

"Bila nak buat rumah terpaksa tambun(timbus)tanah, bila tambun tanah, yang lama tu jadi macam lekat(air terkepung), " ujarnya.




Tag: