• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Bola Tampar Pantai SUKMA Sasar 1 Emas

KUALA NERUS, 5 Jun - Bola Tampar Pantai menyasarkan 1 emas dan 1 gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Ketua Pasukan, Adam Hanif, 20, sasaran itu boleh dicapai berdasarkan ranking semasa dan persiapan rapi yang dijalankan dan pendedahan atlet ke luar negara sebelum kejohanan nanti.

"Latihan terdekat ini adalah di Lombok, Indonesia. Walaupun ini kali pertama bermain di SUKMA tetapi amat berkeyakinan pasukan mampu membutirkan pingat emas berdasarkan semangat yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat.

"Dengan semangat dan dorongan daripada ibu-bapa serta sahabat sedikit sebanyak menaikkan semangat kami serta ganjaran yang diumumkan oleh 'chef de mission' baru-baru ini," katanya lagi.

Sementara itu, bapa angkat acara Bola Tampar Pantai, Khazan Che Mat berkata, kerajaan telah mengeluarkan bajet yang tinggi untuk SUKMA nanti

"Oleh itu, bermainlah dengan baik, bersungguh-sungguh seterusnya dapat mengharumkan nama Terengganu.

"Nasihat buat pemain, sukan ini dapat melahirkan semangat kekitaan dalam pasukan untuk meraih kemenangan.

"Kita semua maklum Terengganu melahirkan ramai atlet berpotensi dan pastinya mereka juga mensasarkan emas, insya-Allah Bola Tampar Pantai nanti tidak berkecuali," katanya selepas majlis pertemuan antara pemain dan pengurusan di BB Seafood.


Tag: