• 18 Apr 2024 | 9 Syawal 1445

Bubur Asyura Satukan Masyarakat

DUNGUN, 6 September- Setiap kali tibanya Awal Muharram telah menjadi kelaziman pada setiap anggota masyarakat menganjurkan Program Memasak Bubur Asyura yang sangat sinonim dengan masyarakat Melayu Islam serta dilihat sangat efektif menyatukan setiap anggota masyarakat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata,  ianya dapat dilihat melalui kerjasama diantara penduduk dalam menjayakan program berkenaan.

"Dimana setiap ahli masyarakat akan melibatkan diri, akan terlihat suasana yang penuh harmoni dengan mana mereka saling bersatu hati menjayakannya. 

"Ianya merupakan antara aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan masyarakat disamping menjadi amalan masyarakat Melayu Islam didalam menginggati peristiwa yang dikaitkan dengan kisah Nabi Nuh dengan kaumnya selepas berlaku peristiwa banjir besar yang membawa kepada pemulanya kisah memasak Bubur Asyura," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, selepas hadir pada Program Memasak Bubur Asyura yang dianjurkan secara bersama oleh Majlis pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Ping dan MPKK Tepus, kelmarin.

Katanya, generasi masa kini harus mengambil peluang untuk mempelajari cara pembuatan bubur berkenaan.

"Supaya program-program sebegini akan diteruskan agar ianya sentiasa relevan. Menariknya mengenai bubur ini, setiap kampung mempunyai rahsia tersendiri dari segi ramuan" ujarnya,

Disamping itu Ghazali berkata, melalui program demikian juga pemimpin masyarakat akan berpeluang mengetahui masalah yang berlaku di kalangan anggota masyarakat.

"Sebagaimana kita sedia maklum proses menghasilkan bubur ini memakan masa yang cukup lama diatara tujuh sehingga ke lapan jam, mungkin kesempatan waktu itu boleh diambil oleh setiap pemimpin termasuk Pengerusi MPKK bagi bertanyakan masalah-masalah yang mungkin selama ini masih ada yang terlepas pandang, maka boleh diusahakan untuk diambil tindakan dengan segera.

"Juga boleh diambil kesempatan oleh pemimpin masyarakat bagi menyampaikan apa jua perkara untuk kebaikkan bersama atau berbincang perkara-perkara yang boleh membawa manfaat serta kesejahteraan kepada anggota masyarakat,"ujarnya.

 


Tag: