• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Budaya `Kuca Sure' Erat Silaturahim


Oleh : Nizam at-Takiri

KUALA NERUS –Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) Seberang Takir menganjurkan program kemasyarakatan seperti `Kuca Sure' yang mampu mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

Program ini merupakan kerjasama bersama Majlis Tindakan DUN Seberang Takir dan pihak Darussyifa Kuala Nerus dengan penglibatan semua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali ketika dihubungi berkata, program sosial sebegini perlu diperbanyakkan bagi mendekatkan pemimpin masyarakat dengan rakyat.

Katanya lagi, ikatan ukhwah antara pemimpin dengan rakyat lebih mesra apabila bersama dalam program yang melibatkan aktiviti-aktiviti santai seperti memasak bubur asyura ini.


Program yang berlangsung di Pejabat Penyelaras DUN Seberang Takir, di Markas Tarbiyyah Seberang Takir (MARTIS) bermula pada jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang mendapat sambutan baik apabila disertai 200 orang peserta serta orang ramai.

Turut hadir ke program ini, Pengarah i-MiTs Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah yang merasmikan majlis penutup berkenaan.


Tag: