lightning-solid
Berita :
Bunyi Belalang Krek Angkat Warisan Tradisi Kampung
Bunyi Belalang Krek Angkat Warisan Tradisi Kampung
Rohayati Ripin
20 jam yang lepas
27

Oleh ; Tengku Mohd Anwar

BESUT, 14 Februari – Padang bola sepak Gong Manok malam tadi dipenuhi suasana meriah dan sorakan para pengunjung apabila Pertandingan Bunyi Belalang Krek berjaya menarik penyertaan seramai 450 orang peserta dalam satu acara unik yang sarat dengan nilai tradisi dan warisan budaya tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, acara unik ini mencerminkan usaha menghidupkan kembali permainan atau hiburan tradisi yang semakin jarang dianjurkan.

"Penting penganjuran aktiviti berunsur tradisi sebagai medium merapatkan hubungan masyarakat.

"Program ini sebagai usaha memperkukuh perpaduan komuniti serta menghidupkan kembali hiburan rakyat yang semakin dilupakan," jelasnya.

IMG-20260214-WA0098.jpg 587.44 KB
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut di Dewan Padang Bola, Gong Manok, semalam.

Menurutnya, pertandingan yang bermula tepat jam sembilan malam menampilkan kategori bunyi paling kuat dan banyak.

Selain itu, kategori istimewa bunyi paling sedikit yang menceriakan suasana dan membuka peluang kepada semua peringkat usia untuk turut serta.

"Program seperti ini bukan sahaja menghiburkan, malah menjadi platform membina semangat kebersamaan dan memupuk nilai warisan dalam kalangan generasi muda," ujarnya.

Acara tersebut turut menyaksikan kehadiran kanak-kanak, belia dan golongan dewasa yang sama-sama memeriahkan suasana, menjadikan padang bola sepak Gong Manok sebagai pusat tumpuan komuniti setempat.

IMG-20260214-WA0106.jpg 715.63 KB
"Kehadiran ratusan peserta membuktikan bahawa program bercorak tradisi masih mendapat tempat di hati masyarakat.

"Malah, penganjuran yang kreatif ini berpotensi dijadikan acara tahunan serta produk pelancongan desa yang mampu menarik kehadiran pengunjung luar pada masa hadapan," tambah beliau.

Katanya, program ini merupakan anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gong Manok.
IMG-20260214-WA0097.jpg 483.62 KB


Tag :

Artikel Berkaitan