• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

Cahaya Sejahtera Di DUN Bukit Besi

Haji Ghazali (dua dari kanan) mendengar rintihan dan keluh kesah penduduk.
Oleh: Adli Mohamad

DUNGUN, 30 November - Projek Cahaya Sejahtera merupakan projek yang diilhamkan bagi memberi manfaat kepada penduduk Bukit Besi.

Dengan peruntukan sebanyak RM238,200 yang disalurkan oleh kerajaan negeri, Penyelaras Dewan Undagan Negeri (DUN), Bukit Besi, Ghazali Sulaiman akan memastikan ianya dapat dirasai oleh setiap rakyat yang memerlukan.

Menurutnya, projek itu dirangka khusus setelah mendapati banyak rumah lama yang pendawainya tidak berapa baik dan tidak selamat.

"Kerana itulah, maka kita jadikan peruntukan yang kita dapat dijadikan Projek Cahaya Sejahtera.


"80 orang telah menerima sumbangan ini, yang telah pun dikenalpasti, merupakan golongan yang susah," ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mengunjungi rumah-rumah yang terpilih menerima bantuan Cahaya Sejahtera, di sini semalam.

Menurut Ghazali, apa yang diharapkan dari pendawaian semula mengantikan pendawaian elektrik yang lama melalui projek berkenaan adalah memastikan kediaman berkenaan selamat diduduki penghuni.

"Ianya supaya tidak berlaku sebarang pintar lintas yang mengundang kepada kebakaran elektrik, dan juga pelbagai perkara yang tidak diingini," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menjanjikan akan memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat, agar kebajikan setiap penduduk terjaga dan diperjuangkan.

"Kita akan membantu penduduk sedikit-sebanyak dalam tempoh lima tahun.

"Apa sahaja bantuan yang disalurkan melalui Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang diputuskan dalam Belanjawan 2019 akan dipastikan disampaikan secara adil dan saksama kepada setiap penduduk.

"Agar tiada yang ketinggalan, diagih secara saksama. Setiap maklumat yang memberi manfaat akan dipastikan sampai kepada rakyat, tanpa disembunyikan," tegas beliau.

Tag: