• 04 Mei 2024 | 25 Syawal 1445

Caj Lesen Niaga : Kerajaan Ambil Tindakan Selesai Kemelut

KUALA TERENGGANU, 14 Mac – Kerajaan negeri akan mewujudkan 'win win situation' antara pekedai dan pihak berkuasa tempatan  (PBT) berkenaan syarat dan caj berniaga di hadapan kedai di Hulu Terengganu sempena bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, satu pertemuan akan diadakan pada hari ini bagi membincangkan bagaimana penyelesaian keperluan dan kehendak peniaga dan pihak MDHT.

Katanya, ia susulan beberapa aduan pekedai mengenai tindakan PBT di daerah berkenaan yang agak membebankan mereka mencari rezeki.

“Rasa tidak puas hati macam ni, dah biasa berlaku.

“Insya-Allah, kita akan usahakan supaya pekedai boleh mencari rezeki, pihak berkuasa boleh menjalankan tugas mereka dan pelanggan boleh menikmati hidangan yang mereka gemari,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular tentang PBT Hulu Terengganu menggenakan syarat jika ingin membuka kanopi di hadapan kedai milik peniaga termasuk caj yang dikenakan tidak rasional.

 


Tag: